Sabtu, 02/10/2010
ok la, nana sambung cerita untuk hari kedua pulak ek..kitorang bangun agak awal jugak sebab ader kokokan ayam jantan di luar (si farisss....) alarm jam masing2 tak bunyi pon, tapi di sebabkan ader ayam kat luar yang tengah menyanyi, jadi kitorang pun bangun la siap kan diri masing-masing kerana ader acara sukaneka yang akan berlangsung. kumpulan telah pun di bahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pemain..memang riuh masing2 dapat ahli kumpulan yang telah di cabut undinya oleh Mr.Am kita nih..memang tak sangka betol la masing2 dapat kumpulan kan.hehehe..apa2 pun kene jugak la terima dengan seadanya... :)
acara di mulakan dengan game yang pertama iaitu Getah Beracun.. pemain di hendaki memberikan gelung getah pada tiap ahli kumpulanya dengan mengunakan straw..tapi bukan angkat pakai tangan ye kawan-kawan...masing2 kene mengunakan mulut untuk mengigit straw dan memberikan getah tersebut pada ahli kumpulan nya.kumpulan yang telah menghabiskan dahulu 20 helai getah adalah di kira pemenang..di sebabkan ramai yang main bohong, kemenangan telah di berikan oleh kumpulan ketiga yang begitu jujur cara pemainannya.hahahahah (tahniahhhh)
acara diteruskan lagi dengan game yang kedua iaitu Baling Belon Air..pemain di hendaki menyambut belon air yang di baling oleh ketua kumpulan masing2. siapa yang dapat tangkap belon air tersebut tanpa memecahkan nya atau menjatuhkan nya adalah dikira pemenang..akhirnya pemenang di menenangi oleh kumpulan 1..(tahniah ahli kumpulan ku..hahah)
kemudian acara yang last sekali adalah game Tiup Belon Sampai Pecah..kali ini adalah di kira juara individu..sebenarnya, sapa yang tiup paling besar dah tidak pecah adalah pemenang.heheheeh...saje kasi korang tak menyabar nak pecahkan belon tu..padan muka..heheh..belon itu telah kita isikan tepung di dalamnya..pemenang game ini adalah Kirin (bg kategori lelaki) dan Wawa (bg kategori perempuan)
lepas je dorang main game ni, aper lagi semua berendam la dalam laut.hehehe..lepas acara sukaneka, atucara di teruskan lagi dengan Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Di Sg.Udang. Acara memotong kek jugak di lakukan di sana..jom layan gambar semasa di sana... :)
Lepas je kktorang buat lawatan kat anak yatim tu, kitorang pecut terus ke tempat Bowling,Mitc..aper lagi, masing2 menunjukkan skil bermain boling la..kononya nak jadi pemain negara, tapi asyik masuk longkang ajer kan.hehehe.. tapi semua tu kenangan kan..heheh..aper lagi, layan ajer la gambar..penat dah nak taip ni.heh :)
lepas main bowling, masing2 terus balik ke Chalet masing-masing coz malam tu ader BBQ..yahuuu..
tapi tiada rezeki nampaknye, kami tak boleh buat BBQ atas sebab cuaca. malam tu cuaca tak mengizinkan, ribut serta angin kuat telah mengendalakan segala aktiviti..akhirnya, kami makan ajer ikan bakar,ayam bakar,sosej yang telah di sediakan oleh pihak chalet tersebut..layan ajer la kannnn...berpinggan2 abis ..
ok la,,..nana akan sambung lagi cerita untuk hari yang last sekali, hari penghabisan aktiviti reunion ini..chauuuuu :)




No comments:
Post a Comment