Tuesday, November 29, 2011

tahniah syuk and anor

waaa....hujung tahun ni memang penuh dengan orang kawin kan.
termasuk la member kita ni..so seperti biasa, kalau member2 kita kawen nana akan share kan gambar dorang..so, korang layan je la gambar dorang ni..
gambar pada belah lelaki tidak la nana dapat ambik kan, tapi kalau korang nak share boleh ajer..
aper-aper pun..TAHNIAH pengantin baru.........



Wednesday, November 16, 2011

20 Nov 2011

haluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....
sekali aku tengok dah 7 bulan blog ilp ni terbiar.
mintak maaf la kengkawan..bukan tinggal aper, sebab takder story and pic nak letak kat sini..
nak cite pasal reunion tak pulak jadi je keje nyee..susah betol nak satukan korang ni kan..
semua degil-degil ni..ishhh...hahaha ^_^
so, kali ni bukan entry cite pasal REunion..oh tidak sama sekali..
kali ni aku nak cite pulak pasal kisah otai kita yang tak lama je lagi akan menjadi suami kepada seorang isteri..
mesti ramai yang dah tahu kan pasal cite diorang ni..begitu kuat jodoh yang ditentukan oleh Allah swt kepada pasangan ini dan akhirnya akan disatukan. semoga ikatan ini akan terus berkekalan sehingga selamanya.amin..

okey pada siapa yang tak sure lagi tarikhnye almaklumla, belum aper lagi dah ader member kita yang dah tersalah tengok tarikh dah.hahaha...
so, tarikh kenduri geng kita ni jatuh pada 20hb Nov 2011 (Ahad)
so, pelan kerumah kedua-dua pengantin anda semua boleh lihat pada peta di atas.

untuk info semua, kebanyakkan geng kita yang jauh akan terus duduk rumah Labu sebab rumah Labu berdekatan dengan rumah si pengantin kita ini. bagi yang lelaki yang jauh akan tido rumah Amal.. 
info ni aku dapat dari Fb geng ilp tu sendiri.kalu tak sure tanye la balik pada orang yang berkenaan ok..

so, kepada semua, selamat dalam perjalanan nanti dan untuk pengantin kita, 'SELAMAT PENGATIN BARU'..tunggu la nasib ko nanti kena bambu dengan budak-budak ni.hahahahahah...

sebarang info yang korang nak share boleh terus pada email blog ini atau boleh terus pada Fb geng ilp itu sendiri..

wasalam ^_^

Monday, April 4, 2011

reunion datang lagiii

haluuuuuuuuuuuuuu..sori la yerkk..kesibukan yang melanda susah la nana nak update blog selalu..tapi di sebab kan ader sorang bos yang tanye 'bila nak update blog', terus nana set kan dalam kepala,ok..nanti nana update.hehehe
so..nana nak story cerita terbaru sekrang ni..kat FB pun dah letak 1 wall untuk ilps..sesiapa pun leh gunakan tempat tu untuk story macam2 kat situ..nak bgtahu aper2 boleh..nak jemput kawin pon boleh..nak jual barang pon boleh.hahaha...tetttttttttttttt..
so, yang paling terbaru sekarang ni adalah, kita punya bos dah kuarkan 1 siren di mana akan adanya REUNION 2011 tidak lama lagi..
rasanya semua dah tahu sebab korang ader FB masing-masing kan..ok la..ura-ura mengatakan yang bulan 9 ni akan adanya REUNION 2011..tempat, nana sendiri tak pasti lagi kat mana.tapi nana perlukan cadangan korang untuk melaksanakan misi ni...
korang jangan nak merepek pulak..cadang yang betol2 dah mesti tempat yang korang cadangkan tu ader kebaikan yang tertentu..contohnya, tempat yang sesuai, kewangan yang stabil..harap korang boleh kasi kerjasama okk... :)
so, aper2 pertanyaan boleh terus pada wall ILP di FB atau pon boleh jugak terus pada Blog ILP ni sendiri..dan yang paling penting, semua terlibat ok..termasuk la budak perisian dan system...
ok..chau.chin.chau... :)

Wednesday, December 8, 2010

** SelaMat PenganTin Baru***

alhamdulillah..akhirnya selamat sudah seorang lagi member kita melangsungkan majlis perkahwinan nye. tahniah di ucapkan kepada Siti Salwa dan Mohd Husni..memang meriah walaupun dalam keadaan hujan yang renyai2.majlis persandingan terus dilaksanakan.
memang sepadan Wawa dan pasangannya dengan persalinan yang serba ungu..so, kepada member2 yang sudi datang, nana ucapkan terima kasih atas kedatangan anda semua. pada yang tidak dapat hadir, tidak mengapa, layan ajer gambar yang nana selitkan ini (copy paste kat Sara.hahaha)...layannnnnnnnnnnnnnnnnn
tema purple

thanks pada member yang hadir :)
dari jauh Sara datang :)

Marlia dan Suami



 semoga ikatan yang suci ini akan berterusan hingga ke akhir hayat..amin :)

Tuesday, November 23, 2010

4/12 ....??????????????

aik..aper citer dengan 04/12 nie ek????
sapa yang belum tahu lagi, kawan kita Salwa (WAWA) akan melangsungkan majlis perkahwinan beliau..
dah nak kawin dah dia ek..hehehe..cepat je masa berlalu...Salwa (Wawa) ..
kepada Salwa dan pasangan, nana wakil warga geng ilp selandar mangucapkan Selamat Pengantin Baru and Semoga Berbahagia Hendak-Nya..Aminn..

So, kawan2 jangan lupa datang wedding dia tau..sapa yang tak tahu alamat, try mintak dekat dia ok..mesti dia pos kan kad khas.heheheh...

Monday, October 11, 2010

~~~picture Reunion~~~















 


03/10/2010 (Ahad)

akhirnya, sampaila kemuncak reunion kali kedua ini..agenda di mula kan pada awal pagi..masing2 bangun seawak yang mungkin...ado yang tak mandi lagi.hehehe...biasala kan. nak terjun pantai punye pasal, mana boleh mandi.heheh..
di sebabkan malam Sabtu tu kami semua tak dapat nak buat bbq, kitorang sanggup hidupkan arang untuk melaksanakan bbq yang tertangguh itu..dapat la kami semua makan daging bege,kerang dan sosej..walaupun simple ajer, tapi memang best.eheheh..(tq pada pasangan suami isteri Ain dan Husband,...hehe)
(mintak maaf, gambar tak berapa clear)

sementara menunggu semua makanan tersedia, budak2 yang lain ni aper lagi, pergi mandi-mandi la termasuk la aku...heheheh..
mandi punye mandi ..ader pulak satu eksiden yang begitu menghayat hati.ehehehe..tak mau la cite kat sini, kang ader yang menjerit kang.hahaha..takpe, semua tu kan kenangann..
lepas mandi, semua naik makan and acara bagi hadiah untuk cabutan bertuah pun bermula..so, tahniah kepada semua..hehehe..cenderhati juga di berikan kepada semua yang hadir..terima kasih banyak2 k...so, korang aper lagi,,tengok ajer la gambar2 semasa kat sana ekk..ni je yang dapat di coretkan buat masa ini..mintak ampun kalu tersalah infomation.hehehe..peaceeeeee :)




Tuesday, October 5, 2010

** coretan Reunion ilp 2 05/06 **

Sabtu, 02/10/2010
ok la, nana sambung cerita untuk hari kedua pulak ek..kitorang bangun agak awal jugak sebab ader kokokan ayam jantan di luar (si farisss....) alarm jam masing2 tak bunyi pon, tapi di sebabkan ader ayam kat luar yang tengah menyanyi, jadi kitorang pun bangun la siap kan diri masing-masing kerana ader acara sukaneka yang akan berlangsung. kumpulan telah pun di bahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pemain..memang riuh masing2 dapat ahli kumpulan yang telah di cabut undinya oleh Mr.Am kita nih..memang tak sangka betol la masing2 dapat kumpulan kan.hehehe..apa2 pun kene jugak la terima dengan seadanya... :)

acara di mulakan dengan game yang pertama iaitu Getah Beracun.. pemain di hendaki memberikan gelung getah pada tiap ahli kumpulanya dengan mengunakan straw..tapi bukan angkat pakai tangan ye kawan-kawan...masing2 kene mengunakan mulut untuk mengigit straw  dan memberikan getah tersebut pada ahli kumpulan nya.kumpulan yang telah menghabiskan dahulu 20 helai getah adalah di kira pemenang..di sebabkan ramai yang main bohong, kemenangan telah di berikan oleh kumpulan ketiga yang begitu jujur cara pemainannya.hahahahah (tahniahhhh)
acara diteruskan lagi dengan game yang kedua iaitu Baling Belon Air..pemain di hendaki menyambut belon air yang di baling oleh ketua kumpulan masing2. siapa yang dapat tangkap belon air tersebut tanpa memecahkan nya atau menjatuhkan nya adalah dikira pemenang..akhirnya pemenang di menenangi oleh kumpulan 1..(tahniah ahli kumpulan ku..hahah)
kemudian acara yang last sekali adalah game Tiup Belon Sampai Pecah..kali ini adalah di kira juara individu..sebenarnya, sapa yang tiup paling besar dah tidak pecah adalah pemenang.heheheeh...saje kasi korang tak menyabar nak pecahkan belon tu..padan muka..heheh..belon itu telah kita isikan tepung di dalamnya..pemenang game ini adalah Kirin (bg kategori lelaki) dan Wawa (bg kategori perempuan)
lepas je dorang main game ni, aper lagi semua berendam la dalam laut.hehehe..
lepas acara sukaneka, atucara di teruskan lagi dengan Lawatan  Ke Rumah Anak Yatim Di Sg.Udang. Acara memotong kek jugak di lakukan di sana..jom layan gambar semasa di sana... :)
Lepas je kktorang buat lawatan kat anak yatim tu, kitorang pecut terus ke tempat Bowling,Mitc..aper lagi, masing2 menunjukkan skil bermain boling la..kononya nak jadi pemain negara, tapi asyik masuk longkang ajer kan.hehehe.. tapi semua tu kenangan kan..heheh..aper lagi, layan ajer la gambar..penat dah nak taip ni.heh :)

lepas main bowling, masing2 terus balik ke Chalet masing-masing coz malam tu ader BBQ..yahuuu..
tapi tiada rezeki nampaknye, kami tak boleh buat BBQ atas sebab cuaca. malam tu cuaca tak mengizinkan, ribut serta angin kuat telah mengendalakan segala aktiviti..akhirnya, kami makan ajer ikan bakar,ayam bakar,sosej yang telah di sediakan oleh pihak chalet tersebut..layan ajer la kannnn...berpinggan2 abis ..

ok la,,..nana akan sambung lagi cerita untuk hari yang last sekali, hari penghabisan aktiviti reunion ini..chauuuuu :)