Tuesday, October 5, 2010

~~~akhirnyaaaa~~~

salam semua :)..akhirnya????..apa yang akhirnya ekk???..heheh..takpe la, nana kasi tahu terus la ek..
alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi di atas segala rahmat dan kesihatan yang di berikan olehNya, akhirnya Reunion Ilp Selandar 05/06 berjaya di laksanakan selama 3hari 2 malam bertempat di KM Chalet, Kuala Sungai Baru, Melaka..di sini, nana wakil daripada semua pihak mengucapkan ribuan terima kasih pada KM Chalet kerana menyediakan tempat tinggal serta makanan yang baik sekali..pakcik yang handle pun memang bagus..boleh berkomunikasi dengan baik sekali..

ok la geng, jadi nana juga ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kepada semua yang dapat hadir pada Reunion kali kedua ini..korang semua memang best..semua agenda berjalan dengan lancar sekali dengan kerjasama yang di berikan dari korang semua. kepada yang tidak dapat hadir, tidak mengapa, inyaallah di masa akan datang anda semua pula boleh join dan di harapkan masa akan datang lagi besar Reunion kita pula..

ok la, so sebenarnya nana nak cerita pasal Reunion kita ni..yela, pada yang tidak dapat hadir, mesti la nak tahu aper yang berlaku sepanjang Reunion itu kann????... jadi nana cerita daripada yang mula dulu k..

Jumaat (01/10/2010)
Pada hari jumaat tersebut, ader yang masih lagi bekerja seperti biasa. tapi nana ambil cuti pada hari tersebut.Program bermula pada pukul 5 petang di mana, Labu,Kirin,Am,Atok dan juga Nana bertolak dari masjid tanah, terus ke KM Chalet. kitorang sampai petang tu dan terus pergi ke kaunter pendaftaran.lepas serahan kunci Asrama (hehehe) kitorang lepak ajer kat atas tengok permandangan laut.dapat juga kitorang tengok matahari terbenam dari bilik tu.then sementara tunggu budak 2 ni sampai, kitoang pergi makan di Restoran Terapung Sg.Supai..best dapat makan ikan siakap masak stim.

lepas ajer dorang sampai, kitorang pun balik bilik masing-masing..apa lagi, bergotong royong la semua memasukkan barang sumbangan untuk anak yatim yang akan kitorang kasi pada keesokannye..buat tu pulak kat bilik perempuan..punye la suke budak laki yerkkk.. (heheheh :) )..ok la, ti nana sambung untuk keesokan punye cerita pulak..to be continued.....

Thursday, August 19, 2010

*reunion....reunionn..

ok geng..tarikh muktamad yang telah di keluarkan untuk reunion geng ilp selandar. pada sapa yang dapat hadir sila inform ok untuk memudahkan proses check in nanti serta pembayaran akan di beritahu kemudian..

* Reunion Geng ILP Selandar*

tarikh : 26/11/2010 (sebelum 8.00malam) - 28/11/2010 (3 petang)
bertempat : KM Chalet, Kuala Sg. Baru (Melaka)

*jemputan, pada semua budak Perisian dan Sistem

Monday, August 16, 2010

# reunion #

hai..lama betol tak update blog geng ni..bizi ar sikit..wish selamat berposa pon tak ader kan..entah ape la nana ni.berangan ajer keje nye.heheh
tapi takpe, tak terlambat pun kalu nana nak ucapkan selamat berpuasa kan.hari2 ucap benda yang sama pun tak pe.hehehe.so, korang jangan tak posa pulak ek.semua dah besar2 dah..heheh
ok la, kita tumpu pada subjek yang kita nak bincangkan sekarang ni. pasal reunion korang ni..nana tengok dah macam-macam ragam dah kat facebook yang korang tulis.. so, nana pun nak update kat sini jugak la.pada sapa yang belum jadi follower blog di, di alu-alukan la.heheh..

ok, syuk ader kasi pendapat untuk buat reunion kat Kuala Linggi dekat dengan pantai.nama chalet tersebut adalah KM Chalet. (korang boleh tengok web dia--->www.kmchalet.com)
masa yang telah di cadangkan oleh syuk sendiri adalah pada 1-3/10/2010 (Jumaat-Ahad)maksudnye lepas raya la kan..


jadi, korang kalu ader cadangan yang lain sebab kadng2 tarikh yang syuk kasi tak bersesuaian dengan masa dan tempat korang, jadi korang boleh email ajer kat selandarian@gmail.com..nanti nana akan update dekat facebook dan kat blog ini jugak la.


pada student dan yang sedang belajar, kitorang paham, kadang2 masa dan tarikh tu tak kena dengan tempat nya, jadi korang pun di harap dapat beritahu cadangan yang korang nak buat perjumpaan tersebut.email ajer kat selandarian@gmail.com atau kasi SMS pada nana atau kasi info pada facebook..nana akan update kan nanti. jadi kita akan tengok tarikh yang bersesuaian untuk buat perjumpaan ini.


oleh itu,dengan segala kerjasama yang di berikan dapatla kita berjumpa seperti dahulu serta mendengar cerita2 yang best dari korang. kita buat cadangan awal kerana bagi ruang pada yang duduk jauh untuk arrange masa dan cara mereka nak datang sini. mana la tahu kene beli tiket bas ke kan.heheh.

ok la geng, harap korang dapat la beri kerjasama yang baik agar kita dapat jumpa lagi pada masa yang akan tiba..inyaallah.. chauuuuuu :)

Friday, July 30, 2010

ia datang kembali

assalamualaikumm..ia datang kembali..sapa yang datang kembali ek?
erm, sapa lagi bulan yang mulia la..bulan Ramadhan. :)
sapa yang belum ganti posa tuh, ganti cepat2.heheh..erm, aku dah ganti ke lom???..heheheh :)

nana nak bercerita la sikit ni kan, ramai dah member kita dekat ader Facebook kan. dapat la berkongsi maklumat pada dorang. yang best nye, member kita ni, bukak la buku lama untuk tontonan semua.
ader yang gambar2 kita time study ilp dulu..memang lain muke korang time belajar.sekarang dah ader yang kawin dah pon..rasa sekejap ajer masa berlalu kan..
tapi semua tuh kenangan. video korang time study pon ader..boleh jadi penyanyi.heheh.buat album sendiri walaupun tak laku kan..takpe, semua tu kenangan kita bersama kan. bila tengok balik gelagat korang, rasanya nak sambung belaja lagi je..

sekarang ni ramai yang tanye, bila dan buat perjumpaan semula. ramai yang kasi idea kat Facebook masing2..
nana memang suggest Melaka je la. sebab dekat kan. ader jugak yang suggest belakang umah sendiri. jangan sampai belakang rumah tu jadi rumah dah la.hahah. :)

so, aper2 pun korang fikirkan la semula. sapa yang nak buat, sapa yang nak handle, tempat perjumpaan dekat mana..yang penting sekali, tarikh yang korang cadangankan tuh menepati masa dan kelapangan masing2..jangan pula tarikh tak kena dgn tempat nye sudah laa...

ok la, harap korang tak marah sebab dah lama aku tak berceloteh kat blog ni..blog aku sendiri pon tak update lagi sampai sekarang tau takk..pemalas betul aku ni..heheh..

chau chin chauuuuuuuuuu .. :)

Monday, June 21, 2010

~new pic~

iiiii....erm..lamanye tak update blog korang ni kan. tak ader aper nak cerita la sebenarnya. tapi tu la, sejak cuti sekolah ni, ramai la kenduri kawin kan. termasuklah member kita yang kawin. jadi kat sini saya wakil daripada geng ilp selandar mengucapkan selamat pengantin baru pada Ahmad Zul Fahmi dengan pasangannya.
jadi kat sini nana letak kan sikit pic kawin dorang untuk tatapan semua k. itu pon nana ambik gambar kat FB zaini.heheh.

Monday, May 17, 2010

~majlis kawin~

sebelum nana terlupa, Faris ader bagitahu nana di mana kawan kita Ahmad Zul Fahmi (system 2, sama kelas dengan nana) akan melansungkan perkahwinanya pada 13 June 2010 bertempat Batu 15 1/2, Merlimau Pasir, 77300 Merlimau, Melaka. harap korang dapat hadir mana la tahu, kita dapat berjumpa nanti. dia wakilkan pada nana and faris untuk menjemput dorang. jangan kata tak jemput pulak yerkk...layannnn..peacee

~accident~

salam..hai semua..lama betol nana tak update blog ni. bukan aper, nana tak ader bahan la. so, terlanjur ader bahan ni, nana nak kongsikan pada semua la ek.
first sekali, pada pagi ahad, nana bukak je mata, terngok ader mesej masuk dari no yang nana tak kenal. entah sapa la kan. then mesej tu tulis yang kawan kita Sham system 1 (adik kepada kembar, Isa system 3) accident dan berada di hospital segamat.nana baca lagi mesej tu, "tangan hancur"... berderau darah nana bila baca msej tu. dalam kepala dah pikir yang bukan-bukan dah ni. hati ta tenteram dah. yela member sama belajar, satu geng. ishhh..memang mengucap panjang la time tu. so nana pon foward la mesej tu pada member2 yang lain. maybe korang pon ader dapat mesej tu jugak kot kan. 
then kejap tu, abg yus tipon nana. dia tanye, betol ke.then kitorang decide untuk pergi melawat Sham. kebetulan kalu melaka nak ke segamat tu tak berapa jauh sangat la walaupun dalam 1jm setengah perjalananya.
kitaorang sampai kat hospital segamat ngam2 time waktu melawat. pukul 12.30 hingga kul 2. sampai je hospital, nana memang dah tak sedap hati dah.hehehe.. 
alhamdulillah, apa yang nana bayangkan bukan la seperti yang terjadi. Sham tak ada apa-apa. sedikit calar pon tak ader. cuma tangan belah kiri agak teruk kecederaannya. siku Sham hancur akibat terkena besi lori tersebut. memang ngeri jugak la apa yang dia cerita time kejadian tu. Sham dalam keadaan sedar semasa pelanggaran tersebut. 
tangan dia dah bersimen dari pergelanggan tangan dan jugak telah masuk besi yang siap ader skru. ishhh,....nana tengok dekat-dekat pon dah sakit kepala dah. semasa kejadian tu, bukan Sham yang drive tetapi kawan dia yang drive. jadi kawan dia selamat sebab pelanggaran tu sebelah kiri dan kereta pun bukan kereta Sham jugak.
apa-apa pun semoga Sham sabar dan rehat banyak-banyak. pada geng yang lain, berhati-hati di jalan raya ok... peaceee...

Friday, March 5, 2010

kawen lagi...ermmm..!

erm..cite pasal kawen lagi ni ah..aiya..tapi sebelum nana cerita lagi, thanks pada Ain Nadiah yang sudi kasi gambar kawin nye kat email kita ni. nana nak letak tapi ader masalah teknikal sikit kat email tu, jadi tungguuu..hehehe..so, yang terbaru ni, ader la sorang member kita ni..ceritanye..nana balik keje semalam, tengok atas meja ader la sampul surat "walimatulurus"...

then nana bukak la,  hah, colour hijau tuuuu...

undangan majlis perkahwinan..erm..sapa ek gerangan nye ek..erm...
alhamdulillah, azie dan pasangan rupanya...jadi pada sapa yang tak kenal, sapa azie, korang cek la sendiri gambar kat ilp tu.hehehe..azie ni budak perisian..kurus je dia tuh..jadi dia ader pesan kat nana, dia jemput semua kawan2 dia.nak kasi kad sorang2 tak der alamat kan...jadi dia wakilkan je...so,nak tahu alamatnye nana kasi kat bawah ni..jemput le datang yek..meriahkan lagi majlis kawan kita ni..
 
so, kepada azie dan pasangan selamat menempuh alam perkahwinan dan kehidupan yang baru bergelar isteri..semoga berkekalan..
kepada kawan ku yang lain, pada sapa yang nak kasi info, hantarkan segala cerita di email "selandarian@gmail.com"

Friday, February 12, 2010

kawennn..tunangggg..ermmm????

salam..hai semuua..erm.dah lama nana tak update blog geng kita ni kan.
tak ader ader aper nak dicerita kan, melainkan esok kita cuti raya cina..hahaha..gong xi fa chai ek..
rasanya korang mesti hepi kan cuti raya cine ni kan..
yang mana ader program, selamat la menjalani program anda semua tu..
erm.masalah nana ni sekarang ni kan..ramai yang ambik kesempatan pada cuti kali ni.bukan aper la kan, ader je program yang baik kan korang buat.,.heheheh..


sebenarnya ader story nk kasi tahu korang ni..saja bermadah2 dulu kasi korang baca sikit blog ni.hahhah..

ni hah, kawan kita ni, cik sarah yang gebu tu (opspsss)...dia bakal melangsungkan pertunangan dia pada 14/02/2010, jatuh pada hari ahad...dia pon jemput semua hadir pada majlis dia nanti..tak salah nana, dia buat kat perak rasanya..kalu nak lebih onfo, korang pergi la sendiri kat dia nye facebook tu hah, tanye dia, mana alamat.nana tolong kepohkan ajer ni..


member kita yang lagi sorang ni, ain nadiah..nana tengok banyk dah dia upload gambar kawin dia kat facebook..so, korang pergi la tengok ek..ti nana mintak la dia send gambar kat kita punye blog ni..kasi penuh sikit kan.

yang dah kawin kita punye kakak..dia dulu ambik kos perisian. dia pon dah kawin and tak lama lagi kita boleh la tengok gambar kawen dia ek.tunggu akak kita sorang tuh send kan kat email selandarian@gmail.com je.ti bila dah send, nana akan update kan blog kita ni. ader jugak member yang tak kenal kak nor ni. yela dah lama kan, muka pun dah berubah kan.,..takpe..kita tunggu ajer ok..


so, pasal reunion ni, korang dapat la kasi support sikit ek..jgn la senyap aje..penat nana nak jawab dgn bos no 2 nana ni..(labu)..heheh..ok la..chau chin cauuuuuu

Thursday, January 14, 2010

~tarikh~

ok geng, korang ader cadangan tak nk buat reunion kat mana dah tarikh yang sesuai...
siapa yang pergi reunion ni akan diberi baju t-shirt reunion (choppp....tapi berbayanr ek.hahahah..harga t-shirt akn di beritahu kelak).
kalu nak t-shirt jangan lupa bagitahu saiznye yek..
semua maklumat yang korang cadangan kan sila email pada selandaian@gmail.com ataupun, pada yang dah ader facebook, cadangkan dekat situ pon boleh.
antara cadangan geng kita ni,ain (labu):- dia mencadangkan pergi kat genting..dia siap lagi kasi gambar aktiviti dia dekat sana. so, kita kasi layann je gambar yang dia kasi k.. 


so, pada geng semua, pikir2kan la ek. cadangan korang akan di update ok..lagi satu, perjumpaan ni boleh join dengan budak2 perisian sekali..semua sekali boleh join bersama. tak ader istilah budak system je tau..sapa yang belajar kat ilp selandar je, boleh join..kan lagi dapat mengeratkan hubungan yang terjalinn..heeeheheheheh..chaaooowww

Wednesday, January 13, 2010

~pic kak jepon kawen~

erm..sori la..dah lama tak update blog geng ni ah..bukan aper..tak der benda yang nak di kongsi bersama. harap korang semua sihat berlaka, still dengan kehidupan korang yang hepi tuh..yang mana belajar, nana ucapkan good luck ek..study betol2..yang mana dah keje tuh, harap korang di limpahi rezeki lagi..mana tahu, dapat merasa orang yang kerja belanja...:).. so, nana update ni sebab nak kongsi dengan korang gambar kawin kak jepon dulu..dah lama sebenarnya nana mintak gambar dengan orang2 yang tertentu. tapi dengan masalah kerja yang yang tak dapat di elakkan, jadi lambat sikit la dorang kasi gambar..tak pe, yang penting gambar dah ader sekarang ni.. to akak jepon, harap akak berbahagia selalu.. amin :) yang ni, korang komen la sendiri..hehehe..rombongan geng ilp ke majlis kawen kak jepon..pilih mana yang berkenan k..heheh ..enjoooyyyy so..ini saje la yang dapat di kongsikan untuk tontonan anda semua..jgn lupe tau, kongsikan aper ajer maklumat and cerita korang..alhamdulillah, dah ramai yang hantar email kat gengilpselandar.inyaallah, cerita anda akan di paparkan di sini.ok la..kita kongsi lagi cerita yang lain pulak k..

Wednesday, December 16, 2009

baju reunion

rasanya macam tak sabar jer nak pergi reunion kali kedua ni. tapi bos aku ni senyap je, aper cerita ni kawan2..asyik pergi kenduri kawin je..bila nak pergi wat reunion ni wehh...nana punya la semangat nak pergi sampai suruh abang nana gedign kan baju untuk reunion nanti.. korang nak tengok tak???? hah...ini la design dia...amacam??? cantik tak?smart kan???... haiii..bila la nak pergi reunion ni?.. lagi satu, mana budak yang pergi umah kat jepon tuh, asal korang tak bg gambar lagi ni?..aiyooooo

Monday, December 7, 2009

~reunion~

terlupa pulak nak masuk kan cadangan labu untuk reunion nanti. kang marah pulak dia kang..heheh..sory labu.. ni kata labu.. :--> salam...halu nana...erm...PD pon ok gak...sbb bu bru blik dri PD...der stu tmpat yang bleh than la...area c2 xder rmai sngat orng...kalo x ramai orng geng ilpselndar bleh wat pale otak msing2 yg giler2 tu....n bleh bbq skali...toilet pon bersih...dkat ngan surau..n banana boat...) so?..yang lain aper cerita?kalu nak cadang, hantarkan cadangan anda di selandarian@gmail.com erm..ader lagi..sarah ader bagi email. dia kasi gambar time konvo.. so, nana letak kan sikit yeak..untuk kenang-kenangan... *waaaaa..gambar den tak dooo ..:( *muka2 pelajar cemerlang dan terbilang..ahakssss

Saturday, December 5, 2009

~majlis kahwin~

erm...memang tak sudah2 dengan majlis kahwin ni kan.nana pon bizi dengan aktiviti mengandam nana.bukan nana yang mengandam, tapi paksedara nana yang mengandam.nana just tolong2 jer..dapat la jugak duit belanja kan.partime jer. yang terbaru kak jepun, nama dia yang betol tak tahu la pulak. tapi nana dapat cam le muka dia cam ne.korang entah lah kan.heheh :) dia bakal melangsungkan majlis perkahwinan nye. nana tak dapat pergi, nana pon bizi kat melaka ni.lagipon tak ader membe nak pergi sana, dekat batu pahat. kepada kak jepon, nana wakil gengilpselandar ni ucapkan selamat pengantin baru dan semoga ikatan yang dibina berkekalan ke akhir hayat. semoga berbahagia di dunia dan di akhirat..amin.. :) sesekali, sudi2 la kasi gambar yek.boleh nana letak kat blog ni untuk tontonan umum..hehehe.. :)

Tuesday, November 24, 2009

~suatu kenangan~ GenG ILP 2005: ~renuion~

~suatu kenangan~ GenG ILP 2005: ~renuion~ erm..my bos kata, kalu pergi genting pun ok jugak..so pendapat kawan2 macam man?ader yang setuju tak?

Tuesday, November 17, 2009

~renuion~

sori la bos...bukan nana malas nk update..tapi tak ader masa..heheh.. ader la jugak nana tanya budak2 ni kan, ader jugak yg bagi cadangan dekat facebook..ader jugak yang bagi cadangan dekat nana sendiri, antaranya la kan... wawa=Cameron--->amboi..jauhnyeee... Faris=Cherating,Genting or Pamgkor---> emmm..menarik gak kan.. Alia=kalu wat kat melaka ok la..Suggest PD--->ok jugak kan... so,yang lain cam ner? mr Shakirin?komen plezzzzzzz ... :)

Monday, November 16, 2009

What's up ~ ?

Assalamualaikum ~ Lama tak bergerak blog neh. Nana tade idea da kot..hehe.. alrite..malas nak cite pnjang lebar lg da.. straight to da point ~ korang rase nak wat reunion lg...?¿ so..aku nak tau korang nye pendapat.. kat mana nak wat, pe y patut kite wat.. mende² camtu..bg input sebyk bleh.. n kite akan amik y terbaek tuk event reunion kite nnti ~ ok guys n gurlz..? hehehe...hapy² la selalu.. mana y da kawen tuh, moga berbahagia.. y de awek/pakwe jage bebaik.. n..lastly were waiting for any kind of opinion !!! email kat : selandarian@gmail.com <---- email..jgn tak email ! thanx kepada sesape y meluangkan masa mmbace, melawat blog neh.. akan di update dr masa ke semasa ~ peace !

Wednesday, September 30, 2009

~selamat hari raya maaf zahir dan batin~

assalamualaikum...selamat hari raya semua. maaf zahir dan batin. macam mana dengan korang punyer raya ek?best ker? sudi sudi lah datang berya kat rumah saya. macam wat renuion dulu..hehehe... so, dalam kesibukan beraya ni kan, ader la member kita dulu dekat ilp selandar yang bakal melangsung kan majlis perkahwinan beliau...orang lain sibuk beraya, dia sibuk nak mencetak kad raya, buat hantaran..heheheh...
erm..siapa ek orang yang di maksud kan????????????
ini la dia...orang yang kita maksud kan..ain nadia..kelas 1 dahulu...ala..adik angkat mawi tu...opppssss..
~ni gambar pertunangan nya~
di menjemput ke majlis perkahwinan nye pada: 25 hb Disember 2009 no tel : 0196524893 062687091 pada sapa yang nak datang telefon la nadia sendiri. sy tak ada alamatnye.... :)
* thkns pada mr shakirin kerana maklumat yang di beri *thanks pada myspace

Friday, September 18, 2009

~alhamdulillah~

alhamdulillah...akhirnya, tinggal berapa hari sahaja kita akan menyambut syawal..selamat tinggal pada bulan ramadhan..mungkin kita akan sedih meninggal kan bulan ramadhan ini nanti..adakah kita akan sempat menyambutnya pada tahun hadapan?..so, seharusnya kita hendaklah sentiasa bersyukur sebab kita masih lagi dapat menyambut bulan ramdhan pada tahun ini...kan?... :) so, pada syawal pula yang bakal menyelma, kita sambut lah dengan ala kadar sajer kan..lagi pon, ekonomi pon tak berapa bagus. so, harap korang semua pandailah berjimat ok..buat bajet awal2..dapat gaji plak awal kan, nanti nak tunggu gaji yang akan datang, haaa..makan pasir nanti.hehehe..kenala bawak kuih raya kat opis, jadi santapan tengah hari.heheh.. so, cerita pasal raya ni..korang punyer raya aper cerita ek?mesti mengikut tema kan pada tahun ni..hehehe..sama la jugak sy..mengikut tema jugak..tapi baju raya tak der la bnyak pada tahun ini kan. biasa ajer la..janji boleh pakai..masuk bab kuih raya plak...dah dua tahun sy tak buat sendiri kuih raya. sejak bekerja ni, tak der masa plak nak buat. sampai sepupu yang kecik2 pon duk tanye..erm..tengok la nanti, buat muffin ker, kek coklat ke...heheh..poyo jer cakap kan, entah, semua tak der.heheh. berbalik pada korang plak, sapa yang kena drive untuk balik kampung, harap korang berhati2 la di jalan raya ok.pandu dengan cermat..jgn nak cepat sampai jer..jgn harap la sebab jalan jam sekarang ni. kalu mengantuk, berhenti dulu, rehat dulu ke apa kan.tapi jangan berehat buka posa plak ek..hehehe.. :) ok lah..sy pon dah tak tahu nak letak aper dah..nak letak gmbar raya, tak der la pulak kan. ok la..di kesempatan ini, sy norfarhana binti hashim ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki atas segala kesilapan yang tanpa di sedari atau pon tidak. halal kan makan dan minun yang terlepas tu, kalu ader hutang yang belum dilangsaikan, sila la bagitahu,hehehe..halal kan pon tak per jugak...ok..selamat hari raya, maaf zahir dan batin pada semua member2 geng ilp selandar..harap korang gembira sambut nanti dengan family tercinta..ok..jemput la datang beraya kat rumah sy nanti....daaaaaaaa :)

Thursday, August 27, 2009

ramadhan 2

:) alhamdulillah...kita dah selamat berpuasa selama 6 hari..dah nak seminggu dah kita berpuasa ek..macam sekejap jer rasanya...posa posa jugak kan..jgn lupa ek pegi terawih.. kat sini ader sedikit info untuk malam terawih yang kita pergi....so, renung2kan dan selamat beramalll....chewaahhhh.. :) agak nye kan...lagi banyak fadhilat nye tarawih pada hari2 yang berikutnye kan.. :)