sebelum nana terlupa, Faris ader bagitahu nana di mana kawan kita Ahmad Zul Fahmi (system 2, sama kelas dengan nana) akan melansungkan perkahwinanya pada 13 June 2010 bertempat Batu 15 1/2, Merlimau Pasir, 77300 Merlimau, Melaka. harap korang dapat hadir mana la tahu, kita dapat berjumpa nanti. dia wakilkan pada nana and faris untuk menjemput dorang. jangan kata tak jemput pulak yerkk...layannnn..peacee
Monday, May 17, 2010
~accident~
salam..hai semua..lama betol nana tak update blog ni. bukan aper, nana tak ader bahan la. so, terlanjur ader bahan ni, nana nak kongsikan pada semua la ek.
first sekali, pada pagi ahad, nana bukak je mata, terngok ader mesej masuk dari no yang nana tak kenal. entah sapa la kan. then mesej tu tulis yang kawan kita Sham system 1 (adik kepada kembar, Isa system 3) accident dan berada di hospital segamat.nana baca lagi mesej tu, "tangan hancur"... berderau darah nana bila baca msej tu. dalam kepala dah pikir yang bukan-bukan dah ni. hati ta tenteram dah. yela member sama belajar, satu geng. ishhh..memang mengucap panjang la time tu. so nana pon foward la mesej tu pada member2 yang lain. maybe korang pon ader dapat mesej tu jugak kot kan.
then kejap tu, abg yus tipon nana. dia tanye, betol ke.then kitorang decide untuk pergi melawat Sham. kebetulan kalu melaka nak ke segamat tu tak berapa jauh sangat la walaupun dalam 1jm setengah perjalananya.
kitaorang sampai kat hospital segamat ngam2 time waktu melawat. pukul 12.30 hingga kul 2. sampai je hospital, nana memang dah tak sedap hati dah.hehehe..
alhamdulillah, apa yang nana bayangkan bukan la seperti yang terjadi. Sham tak ada apa-apa. sedikit calar pon tak ader. cuma tangan belah kiri agak teruk kecederaannya. siku Sham hancur akibat terkena besi lori tersebut. memang ngeri jugak la apa yang dia cerita time kejadian tu. Sham dalam keadaan sedar semasa pelanggaran tersebut.
tangan dia dah bersimen dari pergelanggan tangan dan jugak telah masuk besi yang siap ader skru. ishhh,....nana tengok dekat-dekat pon dah sakit kepala dah. semasa kejadian tu, bukan Sham yang drive tetapi kawan dia yang drive. jadi kawan dia selamat sebab pelanggaran tu sebelah kiri dan kereta pun bukan kereta Sham jugak.
apa-apa pun semoga Sham sabar dan rehat banyak-banyak. pada geng yang lain, berhati-hati di jalan raya ok... peaceee...
Subscribe to:
Comments (Atom)